Friday 15 March 2013

Redha itu Ikhlas

Assalamualaikum to all readers .

Siapa kata , bila apa yang kita impikan selama ini tidak tercapai kita tak sedih . Sedih , itu lah yang sedang aku rasa sampai ke hari ini . Aku tahu Mak dan Ayah mengharapkan anak sulungnya ini " Nor Adlyin Binti Mohd Aris " akan sambung study ke peringkat yang lebih tinggi lagi .
 
Aku redha andai ini takdir aku . Hampir sebulan setelah melihat keputusan tue , aku akan bersedih setiap masa apabila teringat .  ' Mak selalu pesan jangan bersedih mungkin rezeki alin kat tempat lain dan rezeki ke alam pekerjaan' . Mak Ayah dan kawan kawan adalah penguat semangat aku untuk teruskan perjuangan aku , agar aku tidak berputus asa dalam apa jua keadaan .

Alhamdulillah , sekarang aku redha dan Allah telah janji kan yang tebaik untuk hamba-hambanya . Ada hikmah di sebalik semua ini .

Sesungguhnya kebahagian itu bukan lah bergantung pada orang lain , tetapi berada di tangan sendiri .
Dan
Hadapilah kenyataan yang tidak ada jalan keluar . Kelak nanti kita akan menjumpai di dunia ini perkara yang anda tidak mampu mengubahnya , tetapi hanya mampu berinteraksi denganya dengan berbekal kesabaran dan iman .  (:
 
 

Sunday 17 February 2013

Wedding Sarah .

 Assalamualaikum , Walimatulurus Maisarah dan Faizal 27 jan 2013.
Tahniah to my friend merangkap classmate , housmate yang selamat menjadi isteri orang . tahniah sarah cepat cepat dapat baby ye . hehe . bile tengok kawan dah selamat di ijab kabul kan , aku nie bile lagi ek ? haha . belum bertemu jodoh lagi , kalau ada jodoh InsyaAllah .

Sarah and faizal , tahniah kawan


Ambik berkat sikit , mana lah taw giliran kitaorang pulak lepas nie kan . hahaa 
tak nampak tak sabar di situ  :D

Aaaarrrgggghhh , main sergah sergah pengantin . saja nak semak kan gambar je .

I'm single , I'm married till jannah :)

Turn budak lelaki bergambar 2nd batch uitm n9 , our planter's .

Tue dia , bile kami pompuan nie dapat bergambo , ah amekaw . aarrrgghh haha 


Hahhaaaaaaa :D 

Nie jela antara batch kitaorang yang dapat hadir , sedih jugak tak dapat jumpa yang lain . 
Rindu semua 2nd batch dpim uitm n9 . 

Wit my bff liyana n jufikah . 

Muka nampak ceria bile jumpe , tapi seriusly sedih sangat sangat rasanya nak berpisah lagi .
tak sanggup ! tapi nak buat macam mana , setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan .


Saturday 29 December 2012

Baby sitter =,=

Assalamualaikum

Rasanya dah lama betul aku tak update blog nie , rindu gileerr . hehe . :D . Baru baru nie aku ikut maksu aku balik JB with bakal suami dia , wahh kemain so sweett lagi ucu aku nie dengan boyfriend dia , happy bila tengok , yela dah berapa lama arwah uncle selaiman meninggal akhirnya ucu jumpa jugak dengan iras iras arwah uncle dan perangai dia pun hampir sama . Bakal uncle baru nie pon baik sangat . Terbaik lah uncle nie . Yang aku paling tak sabar  betul tak pi sini sebab nak jumpa si kecik Afi dengan baby Iffat Naufal ( anak buah ) .  Muhammad Afi Azwar nie , sekian lama aku tak jumpa si kecik nie , semakin nakal dan bijak betul dia sekarang . Bila aku kat rumah kak sue ( akak sepupu aku )
dapat lah aku luang kan masa with saudara saudari cikeboom cikeboom aku nie . Maklum lah masa belajar dolu bukan senang nak jumpa lama lama macam nie . so dapat lah aku jadi baby sitter sekejap . Nak lepas kan rindu kat si kecik kecik nie . Achik alin sayang Afie dengan naufal . Muaaahh :)

                                                                       si kecik afie :)

                                                                  Muhammad Afi Azwar
                                                             Baby  Muhammad Iffat Naufal





Tuesday 13 November 2012

Rindu . Rindu . . . .

Bila aku mengimbas kembali kenangan aku bersama dia , buat aku rasa rindu . rindu yang tak mampu untuk aku ungkapkan pada dia . Aku rindu sangat-sangat kat dia , Ya Allah janganlah rindu aku ini melebihi rindu ku terhadapMu Ya Allah . kerana sesungguhnya aku merinduinya kerana Mu. Ada juga masa nya membuatkan aku rasa sedih sangat kenapa perasaan ini perlu di simpan , bukan senang bagi aku untuk meluahkan segala-segalanya pada dia . dah berapa hari tak text dia . setiap hari aku tunggu text daripada dia tapi , senyap tanpa berita . Sebenarnya aku nak tengok , ada tak dia text aku dulu . tapi . . . . hampa dan hampa untuk aku . Aku hanya mampu mendoakan kebahagian dia . Capital A aku rindu kau .